Selasa, 10 Mac 2009

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 09/02/2009

Pekerja kilang kini tauke IKS


Suri Abdul Ghani membungkus gula Melaka atau dipanggil manisan kampung di rumahnya di Kampung Batangan Marang. - UTUSAN/Fauzi Baharudin


MARANG 8 Feb. - Keinginan menimba ilmu dalam bidang perniagaan dan keusahawan membolehkan seorang pekerja kilang kini memegang status 'tauke' syarikat dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

Malah, syarikat Manis Sokmo Enterprise dimiliki Suri Abdul Ghani, 40, turut menjalankan perniagaannya secara talian melalui laman webnya, www.manissokmo.com. my.

Suri berkata, dia memulakan perniagaan membuat produk makanan Terengganu termasuk kandi kelapa, manisan pulut dan dodol daun palas sejak enam tahun lalu.

''Ketika itu, saya masih bekerja kilang dan anak-anak saya tidak mahu tinggal dengan nenek mereka dan meminta saya berhenti kerja.

''Saya mula mendapat idea apabila seorang jiran yang sakit meminta saya membuat manisan pulut untuknya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batangan di sini.

Ibu kepada lima anak 4 hingga 19 tahun itu berkata, beliau bersama suaminya, Mohd. Kahni Habsu, 44, kemudian memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu.

''Saya masih bekerja di sebuah kilang di Marang ketika mula berniaga sendiri.

''Kemudian saya pun menggunakan masa terluang untuk menimba ilmu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan melalui kursus-kursus yang ditawarkan," ujarnya.

Berita Sepenuhnya....