Selasa, 28 Oktober 2008

Harian Metro - Usahawan Dodol Daun Palas


Keratan Akhbar Harian Metro Bulan September 2008

Isnin, 28 Julai 2008

Produk Keluaran Manis Sokmo Ent.















Dodol Daun Palas

Manisan Kampung
























Latarbelakang Perniagaan


Saya memulakan perniagaan ini pada tahun 2007 secara kecil-kecilan. Dalam pada itu, saya mula menyertai dan mengikuti kursus yang telah dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu (MECD). Setelah mengikuti latihan dan kursus ini, barulah saya mula menyedari bahawa peluang dan ruang dalam bidang keusahawanan ini amat luas. Bermula dari saat itulah, saya mula bertekad dan mengusahakan perniagaan IKS dalam bidang makanan ini secara sungguh-sungguh. Antara produk yang saya keluarkan adalah yang berasaskan kelapa iaitu dodol daun palas, nisan gula, nisan tuak, nisan asli, dan juga manisan kelapa pulut. Melalui kursus dan latihan itu jugalah minda saya terbuka luas di mana masih terdapat banyak agensi kerajaan yang boleh membantu seseorang usahawan itu. Baik dari segi sumber kewangan, peralatan dan juga latihan yang berkaitan dengan keusahawanan. Salah satu agensi tersebut adalah kelab Usahawan Sosial Pusat Internet Desa Marang (KUSPID Marang). KUSPID Marang ini berfungsi sebagai platform atau orang tengah yang menghubungankan usahawan-usahawan yang menjadi ahli di bawahnya dengan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat seperti MARA, Amanah Ikhtiar, Jabatan Pertanian, FAMA dan lain-lain lagi. Serta menyerdiakan kemudahan pengiklanan secara internet.

Ahad, 27 Julai 2008

Profil Pemilik Manis Sokmo Ent.


Nama : Pn. Suri Binti Abdul Ghani
Alamat : Kg.Batangan, 21600 Marang, Terengganu.
Jenis Perniagaan : IKS (Makanan)
Persatuan / Kelab : KUSPID Marang, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pertanian
Kursus / Latihan : Bimbingan Pertanian, DPIMT (Pemasaran)